Wednesday, February 27, 2008

teater asia moden


Teater asia moden, mengajar kita tentang teater yang wujud di serata negara ini...
Contohnya negara Indonesia, Filipina, India, China dan lain-lain negara lagi...
Setiap negara mempunyai identiti negara daripada sejarah penubuhan dan perkembangan teater yang tersendiri..

Contoh yang dapat diambil ialah negara Indonesia...




  • Drama moden pertama Indonesia telah dihasilakn leh Rustam Efendi, Bebasari (1926)...


  • Drama ini cubadipentaskan dan diterbitkan tetapi telah dihalang oleh pemerintah Belanda(1600-awal 1900).


  • Pada tahun 1920-1950, aktiviti kesusasteraan dipelopori oleh penerbitan Balai Pustaka (1917).


  • Balai Pustaka ditubuhkan untuk mencegah pengaruh buruk dari bacaan bermoral rendah- menggunakan bahasa pasar.


  • Nur Sutan skandar disebut sebagai Raja Pengarang Balai Pustaka kerana banyak kaeya tulisannya mada masa itu.


  • Pujangga Baru ditubuhkan sebagai reaksi atas banyakna halangan yang dibuat oleh Balai Pustaka yang berkaitan dengan semangat nasionalisme dan kesedaran kebnagsaan.


  • Maya (the Sanskrit word for "illusion") pula dianggotai oleh penulis muda dan artis yang mahu hasilkan teater dengan ciri, latar belakang, atau wajah Indonesia.


  • Utuy Tatang Sontani (1920-1979) merupakan seorang sasterawan Angkatan 45 yang terkemuka.


  • Dianggap seorang pelapor teater realistik kerana hasilkan banyak karya bermutu tinggi.


  • ANTI (Akedemi Teater Nasional Indonesia) merupakan akademi teater moden yang pertama di Asia Tenggara.


  • Mengajar pendekatan persembahan yang diasaskan oleh Stanislavski.


  • Menumpukan perhatian terhadap keyakinan penonton kepada teater moden tempatan.


Perkembangan awal teater di India..

  • Jatra, Bengal (teater rakyat atau jalanan).


  • Ditolak oleh golongan intelektual dan aristokrat kerana nilai moralnya yang rendah


  • Marathi, Maharashtra (daerah yang terkenal dalam aspek teaerikal)


  • Marathi adalah satu bentuk bahasa atau dialog dalam kitab Mahabrata.


  • Drama Tamil


  • Drama yang popolar ialah 'Manonmaniam' oleh Sundaram Pillai.


  • Teater Malayalam


  • Bermula selepas teater tamil.


  • Mengajar tentang emangat kebangsaan


  • Teater Parsi mendominasi antara tahun 1850-1940.


  • lepas tahun 1940, teater Parsi mulai hilang.

Teater Sambanthan

Baru-baru ini, Istan Budaya dan Fenomena Seri Pentas talah
mempersembahkan satua teater yang berlansung di MTC, Kuala Lumpur yang bertajuk Sambanthan. Teater ini telah bermula pada 29 Februari yang lalu sehingga 4 Mac 2008 yang bermula pada pikul 8.31 malam. Teater yang mempunyai sarikata Bahasa Melayu ini membolehkan semua lapisan masyarakat di Malaysia ini menonton teater tersebut dan sesuai untuk tontonan 12 tahun ke atas.



Teater ini adalah arahan dan karya seorang yang terkenal iaitu S.T Bala dan komposernya pula ialah Jay. Kemerdekaan merupakan matlamat ulung sesebuah perjuangan. Perjuangan yang menuntut pengorbanan jiwa raga dicurahkan demi membebaskan negara daripada belenggu penjajah. Dalam kita mengecapi kebahagiaan, dan kesejahteraan sekarang, kita perlu menoleh ke belakang untuk mengimbas kembali perjuangan, suka duka pejuang-pejuang negara membina tapak mula ke arah kejayaan.


Kemenangan tidak akan dicapai sekiranya kita tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dan mampu membawa negara ke mercu kejayaan. Nama Tun Sambanthan sinonim dengan kemerdekaan tanah air dan beliau merupakan tokoh perjuangan mewakili serta memperjuangankan hak dan kepentingan rakyat India.




"SAMBANTHAN" ialah satu pementasan yang didedikasikan khas untuk mengenang jasa serta sumbangan Tun V.T Smbanthan kepada negara dan bangsa. Anak kelahiran Sungai Siput ini sentiasa tersenyum dan berhati mulia. Beliau seorang yang tinggi secara fizikal dan berbudi pekerti. Seorang Presiden MIC yang kelima, dan salah seorang pengasas kemerdekaan dan berperanan penting dalam mewujudkan Perlembangaan Malaysia pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963.





Terdapat ramai tenaga pelakon dalam menghasilkan teater ini. Seramai 28 orang pelakon telah terlibat dan mempunyai watak yang tersendiri. Dalam watak sebagai Tun sambanthan sahaja, seramai 5 orang pelakon telah digunakan kerana membawa watak Tun Sambantahan pada usi yang berlainan. Contohnya, pada usi Sambantahan dalam lingkungan 50-an, Mano Maniam telah membawa watak beliau. Pelakon televisyen bernama Dato' Jalaluddin Hassan juga turun berlakon dalam teater ini sebagai Tunku Abdul Rahman.




Pada pandangan saya selepas menonton teater tersebut, saya amat berpuas hati dengan lakonan para penonton. Begitu juga dengan krew-krew dibelang tabir yang telah menjayakan pementasan teater tersebut. Elemen-elemen dalam menhasilkan sebuah teater telah digunakan sepenuhnya dalam teater ini. Contohnya ialah teknik pencahayaan yang dapam membezakan suasana malam, kedaan cemas, gembira dan sebagainya.




Kehadiran penonton yang bertambah pada hari kedua teater ini dipentaskan menunjukkan teater ini telah berjaya menarik perhatian khalayak ramai untuk menyaksikan persembahan tersebut. Ulasan para penonton selepas menyaksikan teater tersebut juga adalah positif di mana mereka sangat berpuas hati di samping dapat menambah pengetahuan yang baru tentang tokoh-tokoh kemerdekaan.













Aliran perkembangan drama



Untuk pengetahuan semua kawan saya diluar sana...


terdapat pelbagai aliran dalam perkembangan sesuatu drama:




Realisme


  • peniruan atau imitasi sepenuhnya atau reproduksi, daripada kehidupan atau alam semulajadi dalam kesusasteraan.


  • elemen realisme muncul dalam semua bentuk hasil kesusasteraan dari zaman ke zaman.


  • Tetapi perkataan realisme cuma diaplikasikan untuk perkembangan dan pergerakan pada abad ke-19.


  • Tokoh penting: Henrik Ibsen (1828-1906) dan George Bernand Shaw (1856-1950)


  • Tokoh di tanah air: Kala Dewata, Usman Awang, Malina Manja, Awang Had Salleh, A. Samad Said, Rahmat Zailani, Johan Jaafar dan Hatta Azad Khan dan sebagainya.

Absurd



  • Digunkan oleh Martin Esslin, untuk mengkategerikan beberapa dramatis 1950-an dan awal 60-an.

  • Samuel Beckett (1906-1989), Waiting for Godot.

  • Eugene Lonesco (1912-), The Blad Soparno (1948).

  • Edward Albee (1928-), The Zoo Story (1959).

  • Aliran ini mengutarakan permasaalahan kewujudan manusia, aspek sosial dan bahasa sebagai suatu yang disifatkan tidak berguna

  • Cara pementasan dengan teknik dramatik yang tidak logik di mana tiada struktur plot seperti tiada apa yang berlaku kerana plotnya bergerak dalam lingkungan.

  • Watak-wataknya tidak bersifat realistik, hanya dibekalkan dengan sedikit explository information.

  • Settingnya kelihatan asing dan pelik, tidak dapat dikenal pasti lokasinya secara tepat untuk dibandingkan dengan dunia sbenar.

  • Bahasa yang digunakan lazimnya bersifat telegrafik dan ringkas; dialog-dialog yang diucapkan sangat kurang kelogikannya.

  • Watak-watak tidak berinteraksi atau gagal berkomunikasi (Berthold, 1972:659).

Chair (Lanesco).



  • menggambarkan suatu suasana yang tidak logik atau ridiculous situation.

  • Mesej yang ingin disampaikan tidak sampak kepada penonton.

  • Watak sangat lemah dan putus asa

  • Hidup di dunia berasingan, dalam keadaan ketakutan.

  • Menganggap kerja atau proses kretif sebagai suatu penyelidikan dan eksperimentasi, penulis harus lari daripada persamaan atau cliches, kebenaran atau hakikat dalam kehidupan tradisional.

Ekspressionisme.



  • Tercetus di German sekitar tahun1905.

  • pengikut aliran ini berfikiran bahawa realisme gagal untuk menyampaikan perasaan dalaman (inner feeling).

  • Dramatis dalam aliran ini: Georg Kaiser (1878-1945), Ernst Toler (1893-1939), dan Eugene O'Neill.

  • Karya mereka tidak menggambarkan watak dan setting yang melambangkan induvidualistik.

  • mengemukakan unreal atmosphere.

  • Bertahan dalamjangka masa lebih kurang 15 tahun daripada tempoh aliran tersebut tercetus.

  • Kebanyakan teknik dan elemen yang diperkenalkan boleh ditemui dalam teater bentuk eksperimental selepas aliran surrealisme.

Surrealisme



  • Diperkenalkan oleh Dada pada tahun 1924..

  • Dramatis dalam aliran ini: Andre Breton (1896-1966)




kajian babak



Kajian babak adalah salah satu subjek Minor Seni Persembahan yang terakhir bagi i.
Subjek ini mengajar kami pelajar subjek kajian babak untuk mengkaji setiap perubahan babak-babak yang berlaku dalam setiap pementasan yang berlangsung.

Sepatutnya kami dikehendaki mengkaji babak teater yang sedang ditayangkan di pentas-pentas secara langsung, tetapi oleh kerana pada setiap awal tahun masih belum banyak teater yang dipertontonkan, maka kami diberi kelonggaran untuk mengulas teater di televisyen sahaja. Antara teater yang telah kami ulaskan dan kaji perubahan babak-babaknya ialah Puteri Gunung Ledang dan Suzana@60. Kedua-dua teater ini menggunakan kesan teknikal dan visual yang menarik untuk dicontohi.







Selain itu, korang tahu tak..
kesan visual meliputi aspek teater yang melibatkan penglihatan atau bahagian yang dapat dipandang oleh penonton yang meliputi pelakon dan pergerakannya, latar pentas, props dan set, kostum, solekan, gaya rambut, kesan cahaya dan kesan-kesan khas yang lain jika ada (Movok, 2000:18).

Aspek pelakon dan pergerakannya dijelaskan dalam bahagian plot yang berkaitan dengan aksi-aksi yang perlu dilakuakn melalui watka yang mereka bawakan. Aspek lain yang termasuk dalam kesan visual ialah kostum, solekan atau gaya rambut. Kostum memainkan peranan untuk membantu khalayak memahami usia, kelas sosial, menentukan tingkah laku sesuatu watak.

Latar pentas merujuk kepada panorama dan persekitaran yang dibentuk di atas pentas yang merupakan bahagian yang diperhatikan dalam persembahan teater. Aspek ini termasuklah rekaan set dan rekaan props. Rekaan latar pentas moden boleh dihagiakan kepada realistik dan abstrak.

Realistik boleh diisikan dengan bahan sebenar diambil dengan bahan persekitaran untuk menggambarkan suasana sebagaimana perlaku di alam nyata. Persembahan yang berlaku di atas pentas merupakan cermin yang menyatakan apa yang berlaku di ruang rumah tangga. Latar pentas abstrak pula dikaitakan dengan kontemperori di mana rekaa lebih bersifat dinamik, simbolik, plastik dan gambaran.

Latar pentas untuk parca moden pula menonjolkan ketidakharmonian tetapi saling berkaitan untuk memecahkan kesatuan tema atau gaya yang digantikan dengan penggabungan gaya persembahan atau penyampaian yang berbezasecara mendalam.

Media Drama: Elektronik

Drama Radio ialah drama yang diperpersembahankan di corong-corong radio. Tanpa kesan visul yang mencukupi, drama radio bergantung kepasa dialog, muzik, dan sound effects untuk membantu para penonton mengimaginasi corak lakonannya. Corak drama ini telah popular sejak tahun 1920 lagi. Pada tahun 1940-an pula, drama ini semakin dikenali oleh orang ramai.

Menulis drama untuk radio: penulis harus mempunyai pengalaman tentang skrip drama radio.

  • Cerita : Idea cerita, tajuk, tema, jalan cerita dan penutup.
  • Bentuk persembahan: pengenalan (muzik: kesan bunyi dan dialog), perkembangan cerita (kronologi atau sebaliknya), ada muzik latar dan kesan bunyi. kesudahan (terjawab persoalan atau sevaliknya, muzik tamat), keterangn tentang penulis skrip, pelakon dan penerbit.
  • Arahan untuk difahami oleh pendengar disampaikan melalui dialog
  • Arahan untuk pelakon dan bahgian penerbitan melalui skrip

Format penulisan:

  1. Menggunakan langkau dua (double spacing)
  2. Jumalah muka mengikuti jangka masa rancangan: rancangan 1 jam (26-30 m/s), 45 minit (24-25 m/s), 30 minit (13-14 m/s), dan 15 minit (6-7 m/s).

Drama televisyen:

  • televisyen mengambil alih selepas Hollywood mengalami kesuraman.
  • ramai pengarah dan pelakon terlibat dalam drama televisyen.
  • pemisahan antara televisyen dan filem semakin menipis dan sukar dibezakan dari aspek disiplin kerja atau olahan visual.
  • Televisyen bersifat pantas, demografik penonton yang luas, pulangan segera dan menguntungkan dan membenarkan eksperimen.
  • Induetri drama televisyen di Malaysia telah berkembang sejak sedekad yang lalu.
  • dari segi kuantiti, telefilem telah menjadi kuasa dan penjana utamaindutri filem dan televisyen Melayu.
  • Persaingn: menghasilakn drama yang berkualiti, variasi stail, dan pendekatan naratif, berani bereksperimen, tidak terlalu terikut kepada kepentingan komersial.

persembahan solo

persembahan solo, i punya subjek dalam sem 6 ini.
dalam sybjek ini, i kena berlakoan secara berseorangan yang dipanggil teater monolog.
tiap-tiap minggu, pelbagai latiha untuk meningkatkan keyakinan diri telah diadakan.
Pensyarah kami juga telah menjemput tokoh teater yang terkenal iaitu En. Namron.
Dalam bengkel yang dikendalikan oleh beliau selama dua hari, i dapat banyak maklumat untuk menulis skrip akan datang.
Alam ciptaan Tuhan ini dapat dikaitkan secara dekat dengan teater.
Selain itu, maklumat lain yang diperoleh melalui kelas ini adalah 10 Tips for susccessful Public Speaking.

1. know the room. be familiar with the place in which u will speak.

2. know the audience. greet some of the audience as they arrive.

3. know your material. practice your speech and revise it if necessary.

4. relax. ease tension by dong exercises.

5. visualize yourself giving your specch. imagine yourself speaking, your voice loud, clear, and assured.

6. realize that people want u to succeed. audiences want u to be interesting, stimulating, informative, and entertaining.

7. don't apologize. u may be calling the audience's attention to something they hadn't noticed. keep silent.

8. concentrate on the message -- not to medium.

9. turn nervousness into positive energy. Harness your nervous energy and transform it into vitality and enthusiasiasm.

10. Gain experience. A Toastmasters club can provide the experience you need.

Semua keterangan ini boleh digunakan untuk meningkatkan keyakinan dalam bermonolog.

Skrip Berkualiti

Pementasan Drama Melayu meemerlukan sebuah skrip sebagai dasar pementasannya. Tanpa skrip, sebuah drama masih boleh dipentaskan tetapi pelakon akan berlakon tanpa arah dan bentuk yang jelas serta mengucapan dialog yang tidak terancang. Inilah yang membezakan drama moden dengan drama atau teater tradisi.
Drama moden memerlukan sebuah skrip sedangkan teater tradisi tidak memeerlukan skrip sebagai asas persembahan. Teater tradisi ebagai bangsawan, makyung atau Tok Selampit, tidak disediakan skrip cerita kerana ceritanya diperturunkan daripada "mulut ke mulut" dan pemainny telah mahir bercerita cerita yang sama.
Langkah pertama dalam merancang sesebuah pementasan dram ialah memilih dan medapatkan skrip yang baik. Inilah tugas utama yang sangat penting. Kegagalan memilih skrip yang baikpastilah memberikan kesan yang besar yang menyebabkab gagalnya sebuah pementasan.
Skrip yang baik haruslah mempunyai cerita yang bagus dan mempunyai elemen dramatik yang menarik. Untuk mendapatkan cerita yang bagus, sangat bergantung pada keupayaan pengarah atau penulis menulis kisah peristiwa yang pernah berlaku, imaginasi penulis atau diadaptasi daripada novel, cerpen, puisi, biografi atau apa sahaja yang boleh menjadi cerita.
Sebuah skrip harus mengandungi elemen drama seperti watak, dialog dan plot. Inilah struktur drama yang terpenting dalam skrip yang mana semuanya memungkinkan sebuah drama itu membawakan dunia yang disalin dalam pemainannya. Watak ialah manusia manakala dialog dan plot ialah apa-apa yang mereka kata dan lakukan yang menjadi asas kepada aksi.
Kekuatan sebuah skrip sangat bergantung kepada keupayaan penulis mengolah plot, perwatakan dan dialog yang mempunyai diksi yang baik seta pemikiran yang bernas. Cerita dan plot ialah dua perkara yang berbeza. Cerita menunjukkan peristiwa secara kronologis, manakala plot merangkaikan peristiwa melalui hubungn sebab dan akibat atau istilahnya kausalitis. Plot memerlukan istilah "mengapa" untuk mengamati paradigma yang akan memberikan penjelasan kepada tema, konflik, dan penyelesaian.
Dalam konteks drama, kebenaran drama tidak bergantung pada menghasilkan semula dunia atau sesuatu peristiwa itu setepatnya. Oleh itu, elemen drama ialah satu versi khusus daripada elemen yang telah membentuk realiti dunia. Versi yang digarap oleh dramatis juga ditentukan bentuknya oleh tujuan, bentuk dan gaya drama itu.
Tugas asas yang harus dititik beratkan ialah keupayaan menarik perhatian penonton dan tentunya kemudian mempertahankan penguasaan tarikan tersebut selama mungkin. Lapisan utama yang mendasari kesemua konstruksi dramatik ialah keupayaan mencipta minat atau perhatian dan suspens penonton.
Oleh itu, hal-hal yang dibincangkan ini perlu diberi perhatian serius untuk memastikan sesuatu pementasan itu berjaya. Skrip atau naskhah lakon yang dibincangkan ini hanyalah "rekaan awal" sebuah pementasan drama. Sebuah produksi drama yang hebat memerlukan penyertaan dan sumbangan daripada banyak pihak yang lain seperti pelakon, pereka set, kostum, muzik, pencahayaan, dan tentunya keupayaan garapan seorang pengarah.