Wednesday, February 27, 2008

Aliran perkembangan drama



Untuk pengetahuan semua kawan saya diluar sana...


terdapat pelbagai aliran dalam perkembangan sesuatu drama:




Realisme


  • peniruan atau imitasi sepenuhnya atau reproduksi, daripada kehidupan atau alam semulajadi dalam kesusasteraan.


  • elemen realisme muncul dalam semua bentuk hasil kesusasteraan dari zaman ke zaman.


  • Tetapi perkataan realisme cuma diaplikasikan untuk perkembangan dan pergerakan pada abad ke-19.


  • Tokoh penting: Henrik Ibsen (1828-1906) dan George Bernand Shaw (1856-1950)


  • Tokoh di tanah air: Kala Dewata, Usman Awang, Malina Manja, Awang Had Salleh, A. Samad Said, Rahmat Zailani, Johan Jaafar dan Hatta Azad Khan dan sebagainya.

Absurd



  • Digunkan oleh Martin Esslin, untuk mengkategerikan beberapa dramatis 1950-an dan awal 60-an.

  • Samuel Beckett (1906-1989), Waiting for Godot.

  • Eugene Lonesco (1912-), The Blad Soparno (1948).

  • Edward Albee (1928-), The Zoo Story (1959).

  • Aliran ini mengutarakan permasaalahan kewujudan manusia, aspek sosial dan bahasa sebagai suatu yang disifatkan tidak berguna

  • Cara pementasan dengan teknik dramatik yang tidak logik di mana tiada struktur plot seperti tiada apa yang berlaku kerana plotnya bergerak dalam lingkungan.

  • Watak-wataknya tidak bersifat realistik, hanya dibekalkan dengan sedikit explository information.

  • Settingnya kelihatan asing dan pelik, tidak dapat dikenal pasti lokasinya secara tepat untuk dibandingkan dengan dunia sbenar.

  • Bahasa yang digunakan lazimnya bersifat telegrafik dan ringkas; dialog-dialog yang diucapkan sangat kurang kelogikannya.

  • Watak-watak tidak berinteraksi atau gagal berkomunikasi (Berthold, 1972:659).

Chair (Lanesco).



  • menggambarkan suatu suasana yang tidak logik atau ridiculous situation.

  • Mesej yang ingin disampaikan tidak sampak kepada penonton.

  • Watak sangat lemah dan putus asa

  • Hidup di dunia berasingan, dalam keadaan ketakutan.

  • Menganggap kerja atau proses kretif sebagai suatu penyelidikan dan eksperimentasi, penulis harus lari daripada persamaan atau cliches, kebenaran atau hakikat dalam kehidupan tradisional.

Ekspressionisme.



  • Tercetus di German sekitar tahun1905.

  • pengikut aliran ini berfikiran bahawa realisme gagal untuk menyampaikan perasaan dalaman (inner feeling).

  • Dramatis dalam aliran ini: Georg Kaiser (1878-1945), Ernst Toler (1893-1939), dan Eugene O'Neill.

  • Karya mereka tidak menggambarkan watak dan setting yang melambangkan induvidualistik.

  • mengemukakan unreal atmosphere.

  • Bertahan dalamjangka masa lebih kurang 15 tahun daripada tempoh aliran tersebut tercetus.

  • Kebanyakan teknik dan elemen yang diperkenalkan boleh ditemui dalam teater bentuk eksperimental selepas aliran surrealisme.

Surrealisme



  • Diperkenalkan oleh Dada pada tahun 1924..

  • Dramatis dalam aliran ini: Andre Breton (1896-1966)




No comments: