Wednesday, February 27, 2008

kajian babak



Kajian babak adalah salah satu subjek Minor Seni Persembahan yang terakhir bagi i.
Subjek ini mengajar kami pelajar subjek kajian babak untuk mengkaji setiap perubahan babak-babak yang berlaku dalam setiap pementasan yang berlangsung.

Sepatutnya kami dikehendaki mengkaji babak teater yang sedang ditayangkan di pentas-pentas secara langsung, tetapi oleh kerana pada setiap awal tahun masih belum banyak teater yang dipertontonkan, maka kami diberi kelonggaran untuk mengulas teater di televisyen sahaja. Antara teater yang telah kami ulaskan dan kaji perubahan babak-babaknya ialah Puteri Gunung Ledang dan Suzana@60. Kedua-dua teater ini menggunakan kesan teknikal dan visual yang menarik untuk dicontohi.







Selain itu, korang tahu tak..
kesan visual meliputi aspek teater yang melibatkan penglihatan atau bahagian yang dapat dipandang oleh penonton yang meliputi pelakon dan pergerakannya, latar pentas, props dan set, kostum, solekan, gaya rambut, kesan cahaya dan kesan-kesan khas yang lain jika ada (Movok, 2000:18).

Aspek pelakon dan pergerakannya dijelaskan dalam bahagian plot yang berkaitan dengan aksi-aksi yang perlu dilakuakn melalui watka yang mereka bawakan. Aspek lain yang termasuk dalam kesan visual ialah kostum, solekan atau gaya rambut. Kostum memainkan peranan untuk membantu khalayak memahami usia, kelas sosial, menentukan tingkah laku sesuatu watak.

Latar pentas merujuk kepada panorama dan persekitaran yang dibentuk di atas pentas yang merupakan bahagian yang diperhatikan dalam persembahan teater. Aspek ini termasuklah rekaan set dan rekaan props. Rekaan latar pentas moden boleh dihagiakan kepada realistik dan abstrak.

Realistik boleh diisikan dengan bahan sebenar diambil dengan bahan persekitaran untuk menggambarkan suasana sebagaimana perlaku di alam nyata. Persembahan yang berlaku di atas pentas merupakan cermin yang menyatakan apa yang berlaku di ruang rumah tangga. Latar pentas abstrak pula dikaitakan dengan kontemperori di mana rekaa lebih bersifat dinamik, simbolik, plastik dan gambaran.

Latar pentas untuk parca moden pula menonjolkan ketidakharmonian tetapi saling berkaitan untuk memecahkan kesatuan tema atau gaya yang digantikan dengan penggabungan gaya persembahan atau penyampaian yang berbezasecara mendalam.

1 comment:

siTi hAjAr said...

bOleyh x terAngkAn dGn t'pEriNci EngEnai buSana 4 pmNtsn teAter