Wednesday, February 27, 2008

Teater Sambanthan

Baru-baru ini, Istan Budaya dan Fenomena Seri Pentas talah
mempersembahkan satua teater yang berlansung di MTC, Kuala Lumpur yang bertajuk Sambanthan. Teater ini telah bermula pada 29 Februari yang lalu sehingga 4 Mac 2008 yang bermula pada pikul 8.31 malam. Teater yang mempunyai sarikata Bahasa Melayu ini membolehkan semua lapisan masyarakat di Malaysia ini menonton teater tersebut dan sesuai untuk tontonan 12 tahun ke atas.



Teater ini adalah arahan dan karya seorang yang terkenal iaitu S.T Bala dan komposernya pula ialah Jay. Kemerdekaan merupakan matlamat ulung sesebuah perjuangan. Perjuangan yang menuntut pengorbanan jiwa raga dicurahkan demi membebaskan negara daripada belenggu penjajah. Dalam kita mengecapi kebahagiaan, dan kesejahteraan sekarang, kita perlu menoleh ke belakang untuk mengimbas kembali perjuangan, suka duka pejuang-pejuang negara membina tapak mula ke arah kejayaan.


Kemenangan tidak akan dicapai sekiranya kita tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dan mampu membawa negara ke mercu kejayaan. Nama Tun Sambanthan sinonim dengan kemerdekaan tanah air dan beliau merupakan tokoh perjuangan mewakili serta memperjuangankan hak dan kepentingan rakyat India.




"SAMBANTHAN" ialah satu pementasan yang didedikasikan khas untuk mengenang jasa serta sumbangan Tun V.T Smbanthan kepada negara dan bangsa. Anak kelahiran Sungai Siput ini sentiasa tersenyum dan berhati mulia. Beliau seorang yang tinggi secara fizikal dan berbudi pekerti. Seorang Presiden MIC yang kelima, dan salah seorang pengasas kemerdekaan dan berperanan penting dalam mewujudkan Perlembangaan Malaysia pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963.





Terdapat ramai tenaga pelakon dalam menghasilkan teater ini. Seramai 28 orang pelakon telah terlibat dan mempunyai watak yang tersendiri. Dalam watak sebagai Tun sambanthan sahaja, seramai 5 orang pelakon telah digunakan kerana membawa watak Tun Sambantahan pada usi yang berlainan. Contohnya, pada usi Sambantahan dalam lingkungan 50-an, Mano Maniam telah membawa watak beliau. Pelakon televisyen bernama Dato' Jalaluddin Hassan juga turun berlakon dalam teater ini sebagai Tunku Abdul Rahman.




Pada pandangan saya selepas menonton teater tersebut, saya amat berpuas hati dengan lakonan para penonton. Begitu juga dengan krew-krew dibelang tabir yang telah menjayakan pementasan teater tersebut. Elemen-elemen dalam menhasilkan sebuah teater telah digunakan sepenuhnya dalam teater ini. Contohnya ialah teknik pencahayaan yang dapam membezakan suasana malam, kedaan cemas, gembira dan sebagainya.




Kehadiran penonton yang bertambah pada hari kedua teater ini dipentaskan menunjukkan teater ini telah berjaya menarik perhatian khalayak ramai untuk menyaksikan persembahan tersebut. Ulasan para penonton selepas menyaksikan teater tersebut juga adalah positif di mana mereka sangat berpuas hati di samping dapat menambah pengetahuan yang baru tentang tokoh-tokoh kemerdekaan.













No comments: